Muhyiddin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, pasti ramai yang kecewa kerana pelbagai rancangan terpaksa ditunda atau dibatalkan.
Begitu juga dengan majlis pasangan artis iaitu Ayda Jebat dan Nabil Mahir serta pelakon Dayana Roza dan suaminya, A’dale Adham Ayahudin yang terpaksa dibatalkan akibat penularan Covid-19.
Ayda dan Nabil yang sepatutnya bersanding pada 9 Januari lalu di Pulau Langkawi, Kedah terpaksa membatalkan majlis tersebut kerana risau dengan kes positif yang semakin meningkat.
Sementara, Dayana pula membatalkan majlis resepsinya yang sepatutnya diadakan pada 10 Januari lalu di Kuala Lumpur.
Mizz Lahar pasti mereka sedih selepas majlis yang dirancang berbulan-bulan lamanya terpaksa dibatalkan begitu sahaja.
Pasti ada hikmah di sebalik semua pembatalan majlis kahwin. Hikmahnya, dapat berjimat lebih.
Tetapi syukur juga perkara wajib iaitu majlis pernikahan mereka sudah selamat berlangsung sebelum ini.
Semoga semua sabar dan sama-sama memainkan peranan membanteras pandemik Covid-19 yang semakin menular dalam komuniti kita.
MIZZ LAHAR: Terfikir pula tentang majlis perkahwinan Intan Ladyana dan Harris Alif yang dijangka berlangsung pada 6 Februari depan. Agak-agak ditunda tak?