fbpx

Perlumbaan MSBK tangguh lagi berikutan pandemik Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERLUMBAAN pusingan kedua MSBK terpaksa ditangguhkan buat kali kedua selepas kerajaan melaksanakan PKP bagi memutuskan rantaian Covid-19.

PERLUMBAAN pusingan kedua Kejohanan Superbike Malaysia (MSBK) 2020 yang sepatutnya berlangsung pada 20 hingga 22 Januari ini di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) terpaksa ditangguhkan sekali lagi.

Ini kali kedua perlumbaan tersebut ditangguhkan apabila saingan yang sepatutnya berlangsung dari 16 hingga 18 Oktober tahun lalu ditangguhkan kerana penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Lembah Klang.

Kejuaraan MSBK 2020 hanya berlangsung dalam dua pusingan berbanding empat disebabkan situasi pandemik Covid-19 yang tidak menentu pada masa ini.

Promoter perlumbaan Two Wheels Motor Racing Sdn. Bhd. (TWMR) memberitahu, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dari 13 hingga 26 Januari memaksa mereka menangguhkan acara itu sekali lagi pada satu tarikh yang belum ditetapkan.

“Kami tidak punya pilihan selain menangguhkan pusingan kedua dan terakhir. Pada ketika ini, kami belum dapat menyediakan rancangan alternatif dan kami mengucapkan terima kasih kepada pasukan dan pelumba atas kesabaran dan memahami situasi ketika ini,” kata Pengarah TWMR, Ron Hogg.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azlan Shafriman Hanif mengakui penangguhan perlumbaan WSBK adalah pilihan terbaik untuk memutuskan rantaian Covid-19 terus berlaku di negara ini.

“Dengan pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kelmarin, sebagai penyedia tempat, kami tidak mempunyai pilihan selain menangguhkan Pusingan 2 MSBK.

“Keselamatan dan kesejahteraan mereka yang terlibat dalam perlumbaan MSBK adalah keutamaan kami. Kami berharap semua orang mematuhi SOP yang diberikan untuk mengekang penyebaran wabak ini daripada terus berlanjutan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI