fbpx

Peniaga rugi RM7,000 ditipu lelaki menyamar adik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SEBERANG PERAI – Seorang peniaga makanan di Mak Mandin, Butterworth di sini kerugian wang RM7,000 selepas diperdaya seorang lelaki yang menyamar sebagai adiknya baru-baru ini.

Mangsa, wanita berusia 46 tahun itu mula terjerat dalam penipuan berkenaan selepas menerima panggilan telefon daripada individu yang mempunyai suara seakan ahli keluarganya itu dan meminta untuk meminjam wang.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, mangsa percaya panggilan itu dibuat oleh adiknya selepas diyakinkan oleh suspek yang memberitahu dia kehilangan dompet dan telah menukar nombor telefon.

“Melalui perbualan telefon itu, suspek meminta untuk meminjam wang sebanyak RM7,000.

“Mangsa yang percaya kerana suara yang hampir sama dengan adiknya telah membuat dua transaksi untuk membantu adiknya,” katanya kepada di sini hari ini.

Menurut Noorzainy, mangsa bagaimanapun menyedari dia ditipu selepas berasa curiga apabila suspek masih meminta wang.

“Suspek sekali lagi menghubungi mangsa dan wanita itu bertanyakan nama ibu mereka namun tidak dapat menjawab.

“Selepas sedar dirinya ditipu, mangsa menghubungi adiknya untuk bertanyakan perkara itu,” katanya.

Adik mangsa memaklumkan dia tidak pernah menghubungi kakaknya untuk tujuan tersebut.

Noorzainy berkata, mangsa tampil membuat laporan polis semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI