fbpx

Netizen mahu Ayda Jebat, Nabil bercerai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ayda dan Nabil

PETALING JAYA – Pelakon dan penyanyi Ayda Jebat mendedahkan ada pengikut Instagram memintanya bercerai dengan Nabil Mahir.

Menurut Ayda, dia menerima mesej berbaur biadap tersebut dalam bentuk Direct Mesej (DM) yang mahukannya bercerai dan berkahwin dengan pelakon Zul Ariffin.

Paparan mesej oleh netizen menggunakan nama @amir_akrhonian itu dikongsikan Ayda menerusi InstaStory miliknya semalam.

“Ceraikan jelah suami awak tu. Lagi baik kahwin dengan Zul Ariffin,” tulis individu berkenaan.

 

Entri yang dimuat naik Ayda menerusi InstaStory miliknya.

Dalam entri tersebut, Ayda yang popular menerusi lagu Temberang melahirkan rasa terkilan dengan mesej yang diterima. Dia tidak menyangka masih wujud lagi individu sebiadap itu.

Sebelum ini pernah timbul gosip mengatakan wujud cinta lokasi membabitkan Ayda dan Zul selepas drama Rindu Awak 200% yang bersiaran menerusi TV3 pada 2014 lalu.

Terdahulu, dengan hanya sekali lafaz pasangan itu sah bergelar suami isteri selepas selamat dinikahkan pada pukul 3.28 petang di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur 1 Januari lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI