fbpx

Laluan dekat Pasar Awam Ayer Itam ditutup mulai esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Berlaku kesesakan kenderaan dan kepadatan orang awam membeli-belah barangan keperluan harian di sekitar Pasar Awam Ayer Itam di sini pagi tadi. Foto NOOR HASLIZA NUSI

GEORGE TOWN – Jalan Paya Terubong berdekatan Pasar Awam Ayer Itam di sini akan ditutup mulai pagi esok bagi mengurangkan pergerakan orang awam dan memastikan penjarakan fizikal ketika membeli barangan keperluan di pasar itu sepanjang perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Penutupan jalan tersebut melibatkan laluan utama dari Kampung Pisang ke kawasan Ayer Itam dan Laluan di Paya Terubong ke Ayer Itam bermula pukul 6 pagi sehingga 2 petang.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, tindakan sedemikian diambil sebagai langkah mengawal kepadatan pengunjung di pasar berkenaan selain mengurangkan kesesakan yang berlaku di kawasan Ayer Itam.

Menurutnya, kenderaan seperti motosikal, kereta dan bas tidak dibenarkan melalui jalan berkenaan sepanjang tempoh tersebut kecuali pejalan kaki.

“Hasil tinjauan setakat pukul 8.30 pagi tadi mendapati ramai orang masih berpusu-pusu datang untuk mendapatkan barangan keperluan harian serta terdapat sedikit kesesakan keluar dan masuk kenderaan.

“Selain itu pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) juga akan mengurangkan gerai jualan pakaian di tepi jalan termasuk membuka hanya satu laluan keluar dan masuk ke pasar berkenaan,” katanya di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI