fbpx

Guan Eng beri keterangan di IPD Timur Laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Guan Eng (kanan) ditemani Rayer (kiri) ketika hadir memberi keterangan di IPD Timur Laut, George Town hari ini.

GEORGE TOWN – Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng hadir memberi keterangan kira-kira satu jam di ibu pejabat polis daerah (IPD) Timur Laut di sini hari ini berhubung dua kenyataan dibuatnya pada 2019.

Guan Eng yang ditemani peguam, R.S.N. Rayer dan Ramkarpal Singh tiba di IPD itu kira-kira pukul 2.30 petang sebelum keluar kira-kira pukul 3.35 petang.

Bercakap kepada pemberita di pekarangan IPD sebelum memberi keterangan, Guan Eng berkata, beliau akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada polis berhubung siasatan tersebut.

Bagaimanapun, bekas Menteri Kewangan itu mempersoalkan mengapa beliau dipanggil memberi keterangan dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sedangkan, kata beliau, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan sebarang bentuk mesyuarat tidak dibenarkan kerana melanggar arahan PKP.

“Saya tidak ada masalah untuk hadir memberi keterangan tetapi sekiranya saya boleh dipanggil dalam tempoh ini, mengapa sidang Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) perlu digantung.

“Itu bukan sahaja melanggar kewibawaan dan keunggulan Parlimen tapi turut mengancam demokrasi,” katanya.

Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu sepatutnya memberi keterangan berhubung siasatan itu pada 24 Disember lalu namun dibatalkan selepas dipertikai kerana dipanggil sehari sebelum menjelang sambutan Hari Krismas.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong mengesahkan Guan Eng hadir memberi keterangan hari ini dan proses tersebut dijalankan oleh anggota polis dari Bukit Aman. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI