fbpx

Buang 20 senjata api dalam Sungai Skudai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ayob Khan (dua dari kiri) menunjukkan gambar senjata api yang ditemui dibuang ke dalam Sungai Skudai pada sidang akhbar di IPK Johor, Johor Bahru hari ini. Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Polis Johor tidak menolak kemungkinan penemuan sepucuk pistol separa automatik dan enam laras senjata api angin (airsoft) pelbagai jenis yang dibuang di Sungai Skudai pada 1 Januari lalu digunakan untuk kegiatan jenayah.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, susulan penemuan tersebut, polis telah berjaya menangkap seramai 20 lelaki termasuk seorang pengurus syarikat peralatan perkhemahan yang beroperasi berdekatan Sungai tersebut.

Katanya, kesemua yang termasuk 13 lelaki warga Indonesia ditahan itu berusia lingkungan 21 hingga 50 tahun.

“Penemuan senjata api ini adalah rentetan tangkapan seorang lelaki pengurus syarikat keselamatan berusia 38 tahun yang merupakan adik kepada pengurus syarikat peralatan perkhemahan tersebut pada Oktober lalu.

“Mungkin selepas suspek pertama ditangkap, mereka bertindak melupuskan senjata api ini dengan membuangkan ke dalam sungai,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

Tambah Ayob Khan, dipercayai kira-kira 20 senjata api dibuang ke dalam sungai itu dan tujuh daripadanya sudah ditemui.

“Operasi menyelam masih dijalankan oleh Pasukan Polis Marin (PPM) dan hari ini mereka menjumpa satu lagi senjata api ‘airsoft’. Arus deras menyukarkan operasi dijalankan,”katanya-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI