fbpx

Boustead Properties sumbang RM20,000 kepada mangsa banjir Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wakil syarikat Boustead Properties (kiri) menyampaikan sumbangan berjumlah RM20,000 kepada wakil MRCS di Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Syarikat pemaju hartanah, Boustead Properties Berhad bersama anak syarikatnya, Mutiara Rini Sdn. Bhd. telah mengambil inisiatif untuk meringankan beban mangsa banjir di negeri ini dengan menyampaikan sumbangan berjumlah RM20,000.

Sumbangan berkenaan disampaikan kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (MRCS) untuk disalurkan bagi tujuan kebajikan.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Boustead Properties Bhd., Izaddeen Daud berkata, pihaknya terkesan dengan bencana banjir yang telah memberi impak negatif kepada ribuan masyarakat.

“Ini termasuklah mereka yang kehilangan tempat kediaman, harta serta kehilangan nyawa.

“Kami berharap sumbangan yang kecil ini dapat digunakan sebaiknya untuk membantu meringankan beban mereka yang memerlukan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, pihaknya turut mengucapkan terima kasih kepada MRCS dan pihak kerajaan kerana telah berkhidmat tanpa mengira penat lelah dalam membantu mangsa banjir.

Sumbangan itu disampaikan kepada Timbalan Pengerusi MRCS, Datuk Rashidi Md. Nor.

Sementara itu, Rashidi memberitahu, pihaknya turut berterima kasih kepada Boustead Properties kerana tampil dan menghulurkan sumbangan kepada mangsa banjir.

“Kami turut berharap lebih banyak pihak termasuklah syarikat korporat agar terlibat sama dalam membantu mangsa terjejas membina kembali kehidupan mereka,” ujarnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI