fbpx

Bandar besar di enam negeri sepi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pusat pelancongan di Bandar Hilir, Melaka kembali sunyi pada hari pertama pelaksanaan PKP di negeri itu semalam. – RASUL AZLI SAMAD

KUALA LUMPUR – Hari pertama pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam negeri semalam menyaksikan keadaan di bandar-bandar besar dan padat bertukar menjadi lengang.

Di ibu negara, keadaan jalan raya yang sebelum ini sibuk de­ngan warga kota keluar bekerja dan melakukan akitivi harian lain bagaimanapun tidak berlaku di bandar itu semalam.

Tinjauan Kosmo! di beberapa kawasan tumpuan seperti Jalan Ampang berhampiran Menara Berkembar Kuala Lumpur ter­nyata lengang dengan jumlah kenderaan yang minimum.

Beberapa premis perniagaan di kawasan itu juga ditutup.

Seorang lelaki berjalan di hadapan pusat beli-belah Pavilion, Bukit Bintang, Kuala Lumpur semalam. – SHIDDIEQIIN ZON

Anggota keselamatan me­ngadakan kawalan di kawasan tumpuan dan sekatan jalan raya di lokasi-lokasi terpilih bagi memastikan orang ramai mematuhi arahan PKP yang ditetapkan oleh kerajaan.

Bagi pekerja swasta, Ahmad Fakri Nazim, 33, dia amat berharap warga Lembah Klang terus mematuhi arahan PKP selama 14 hari sehingga 26 Januari ini.

“Saya harap pandemik ini segera berakhir dan tiada lagi PKP kali ketiga selepas ini,” katanya.

Pada Isnin lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, Melaka, Johor dan Sabah dikenakan PKP selama dua minggu sehingga 26 Januari ini.

Di Johor, beberapa kawasan tumpuan di sekitar bandar raya ini kelihatan sepi sekali gus membuktikan masyarakat di negeri itu patuh dengan arahan kerajaan.

Keadaan Jalan Tun Razak di Johor Bahru yang lengang berikutan pelaksanaan PKP di Johor semalam.

Tinjauan di Jalan Tun Abdul Razak dan Wong Ah Fook yang menempatkan dua buah pusat beli-belah serta Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin, Bangunan Sultan Iskandar di sini mendapati, ia sunyi tanpa pe­ngunjung.

Seorang peniaga, Zuraidah Mohamed berkata, dia terpaksa menutup operasi butiknya di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) Johor Bahru City Cen­ter dalam usaha memutuskan penularan jangkitan Covid-19.

“Sepanjang tempoh ‘berkurung’ ini, saya meneruskan perniagaan secara dalam talian selain perkhidmatan tunai semasa penghantaran bagi lokasi terdekat,” katanya.

Bagi pemilik Restoran G’Sinar, Azizan Che Harun, premisnya dibuka dan menyediakan makanan untuk dibungkus serta penghantaran sehingga pukul 8 malam setiap hari.

Situasi sama berlaku di Pulau Pinang apabila Jalan Penang dan Jalan Magazine di George Town yang sentiasa sesak sebelum ini bertukar lengang dengan kedai-kedai di sepanjang jalan tersebut kebanyakannya ditutup.

Seorang penduduk, Abdul Kadeer Saik, 37, berkata, walaupun banyak kedai tidak beroperasi, namun masih terdapat kende­raan di atas jalan raya berban­ding PKP pada tahun lalu.

Pemandangan jalan lengang di sekitar George Towm dari Bangunan Komtar semalam

Pengusaha sewa basikal yang mahu dikenali sebagai Wong, 50-an pula berkata, dia akur dengan pelaksanaan PKP kali kedua ini demi kebaikan semua pihak.

“Memanglah pendapatan terjejas, namun saya percaya sebagai rakyat Malaysia kita kena akur supaya negara segera bebas daripada Covid-19,” katanya.

Tinjauan di kedai makan dan kedai nasi kandar di ne­geri ini mendapati mereka mematuhi arahan apabila hanya membenarkan pelanggan membungkus dan membawa balik makanan. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI