PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca buruk dengan hujan berterusan di beberapa kawasan di Sandakan, Sabah.
MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, ia membabitkan kawasan Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan sehingga esok.
Pada masa sama amaran cuaca waspada dengan hujan lebat dijangka berlaku sehingga esok turut dikeluarkan melibatkan daerah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah di Sarawak dan Kudat di Sabah.
Keadaan cuaca waspada dengan hujan lebat juga dijangka berlaku di Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang, Sarawak bermula esok hingga Ahad.
Manakala di Sabah, kedaaan sama bakal melanda beberapa kawasan di Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan) dan Pantai Barat serta di Labuan. – K! ONLINE