fbpx

‘Aksi kami belum capai standard’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIU YING dan Peng Soon berjaya melangkah ke pusingan seterusnya selepas berjaya menewaskan Maulana-Bandaso 22-20, 21-18 pada pusingan pertama Terbuka Thailand kelmarin.

BEREGU campuran profesional negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying bermula dengan langkah kanan pada kejohanan badminton Terbuka Thailand di Bangkok apabila sudah memastikan tempat ke pusingan kedua.

Gandingan No. 7 dunia itu melepasi halangan awal apabila menewaskan wakil Indonesia, Adnan Maulana-Mychelle Crhystine Bandaso 22-20, 21-18 pada pusi­ngan pertama kelmarin.

Bagaimanapun, Liu Ying menganggap kemenangan itu bukanlah aksi terbaik ditampilkan mereka kerana masih jauh berbeza jika dibandingkan dengan prestasi sebelum ini.

“Selepas lama berehat, ini adalah kejohanan kompetitif pertama yang kami sertai. Sebenarnya ada rasa sedikit gementar kerana tidak tahu permainan kami pada tahap mana.

“Jika dibandingkan dengan prestasi sebelum ini, saya akui ia masih belum mencukupi dan sangat jauh berbeza. Saya harap kami boleh tampilkan aksi lebih baik,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Mengulas aksi pusingan kedua menentang jaguh Belanda, Robin Tabeling-Selena Piek hari ini, pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 itu mengakui lawan mereka memiliki kelebihan dari segi fizikal.

Meskipun pernah menewaskan beregu No.16 dunia itu pada Terbuka China dua tahun lalu, namun Liu Ying enggan berasa selesa kerana semua pemain tidak tahu kekuatan masing-masing.

“Kami pernah bertemu sekali sebelum ini dan saya akui mereka sangat kuat, mungkin lebih bagus daripada kami. Saya tidak tolak kemungkinan kami mungkin guna taktikal lama ketika tewaskan mereka sebelum ini.

“Sebenarnya semua pemain sudah lama tidak beraksi dan tidak lihat prestasi masing-masing, jadi sesiapa yang cepat menyesuaikan diri dengan perlawanan akan dapat kelebihan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI