fbpx

95 peratus rakyat Melaka mulai duduk rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suasana di jalan raya di negeri ini bertukar lengang selepas pukul 7 petang semalam.

MELAKA – Hampir 95 peratus rakyat negeri ini mulai patuh dengan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan apabila didapati suasana jalan raya bertukar lengang selepas pukul 7 malam, semalam.

Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd. Ali berkata, perbezaan suasana itu dapat dilihat sepanjang dua hari pelaksanaan sekatan jalan raya (SJR) yang dilakukan bagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.

Katanya, sejak pukul 7 pagi semalam, pihaknya juga tidak lagi mengeluarkan sebarang kompaun dan tiada kenderaan diarah berpatah balik atau cuba merentas daerah tanpa dokumen.

“Kita dapat melihat suasana di mana masyarakat negeri ini telah memahami SOP yang dikeluarkan apabila kira-kira 95 peratus daripada mereka kekal di rumah sebaik sahaja habis waktu bekerja.

“Jalan akan mulai kosong selepas pukul 7 malam dan pergerakan bermula semula pada pukul 8 pagi keesokannya,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka di sini, hari ini.

Jelasnya, pada tujuh jam pertama pelaksanaan SJR bermula 12.01 tengah malam semalam, pihaknya telah mengeluarkan sebanyak lima kompaun terhadapnya pemandu, manakala 48 diarah berpatah balik kerana memberikan alasan tidak munasabah untuk merentas daerah termasuk ingin membeli makanan-K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI