fbpx

45 kompaun dikeluarkan pada hari pertama PKPB di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KOTA BHARU – Polis Kelantan telah mengeluarkan sebanyak 45 kompaun kepada individu yang ingkar arahan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan di negeri ini bermula semalam.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, lapan kompaun dikeluarkan di Kota Bharu dan Pasir Mas, Gua Musang (5),Pasir Puteh (2), Tumpat (5), Machang (10) dan Kuala Krai (7).

Katanya, polis telah menjalankan pemantauan di 1,333 premis di seluruh negeri bagi mengesan individu yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika mereka berada di tempat-tempat awam.

“Tumpuan pemantauan dilakukan di pasar raya, restoran, terminal pengangkutan kenderaan, pasar awam, tempat ibadah, riadah dan tapak pembinaan.

“Kesalahan yang dilakukan antaranya tidak memakai pelitup muka, tidak mendaftar nama melalui aplikasi MySejahtera dan tidak mencatat nama dalam buku pendaftaran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam perkembangan lain, Shafien berkata, polis telah mengarahkan sebanyak 50 kenderaan berpatah balik di sekatan jalan raya (SJR) Pasir Puteh semalam.

Katanya, polis terpaksa meminta mereka berpatah balik kerana pemandu gagal mengemukakan surat kebenaran rentas negeri dan alasan yang munasabah.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI