fbpx

275 kertas siasatan berita palsu Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri ketika merasmikan Mesyuarat Agung Yayasan Pencegahan Jenayah (MCPF) Kali Ke-27 di Hotel Mudzaffar, Melaka hari ini.

PETALING JAYA – Sebanyak 275 kertas siasatan telah dibuka Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung penyebaran berita palsu Covid-19 sehingga hari ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu. sebanyak 138 dalam siasatan, 35 kes telah didakwa, 21 didapati bersalah, 13 dalam proses perbicaraan dan 12 diberi notis amaran.

“Tindakan penguatkuasaan aktif juga sedang dijalankan pada masa ini berdasarkan laporan awam yang diterima.

“Dalam masa yang sama sebanyak 420 penafian dan penjelasan mengenai berita palsu telah diperjelaskan kepada orang ramai oleh Pasukan Respon Pantas (PRP) Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM),” katanya pada sidang media hari ini.

Ismail Sabri berkata, orang ramai diingatkan supaya berhati-hati sebelum menyebarkan sebarang kandungan yang diragui
kesahihannya dan sentiasa menyemak terlebih dahulu.

Kata beliau, jika terdapat sebarang berita diragui kesahihannya boleh menyalurkan maklumat kepada PRP di talian 03-8911 5103 atau layari portal www.sebenarnya.my bagi menyemak kesahihan.

“Setakat hari ini jumlah layaran portal itu telah mencecah lebih 238 juta,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI