fbpx

Wanita maut, kemalangan babitkan dua kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba mengeluarkan empat mangsa yang terbabit dalam kemalangan melibatkan dua buah kenderaan di Kilometer 3, Jalan Pantai, Port Dickson malam tadi.-Foto Ihsan Polis

PORT DICKSON – Seorang wanita maut selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Kilometer 3, Jalan Pantai, dekat sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 7.30 malam tadi itu, A. Mallika, 52, meninggal dunia ketika menerima rawatan di zon merah di Hospital Port Dickson pada pukul 9.05 malam selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan kaki kanan.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata, siasatan awal mendapati pemandu Proton Preve dalam perjalanan dari arah Telok Kemang menghala ke Port Dickson.

“Setiba di lokasi kejadian, kereta tersebut hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan lalu melanggar bahagian hadapan kereta jenis Perodua Alza yang datang dari arah Port Dickson menghala ke Telok Kemang.

“Akibat pelanggaran itu, penumpang hadapan Perodua Alza tersebut disahkan meninggal ketika menerima rawatan di Hospital Port Dickson,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, dua lagi rakan sekerja mangsa yang dikenali sebagai R.Hemalatha,21, yang juga pemandu Perodua Alza dan V.Letchumy, 62, mengalami kecederaan parah di kepala, dada, kaki kanan dan tangan kiri.

“Pemandu Proton Preve, Kanarayan Joacim Harris, 22, pula cedera parah di bahagian kepala dan paha kiri.

“Kesemua mereka kemudiannya dibawa ke Hospital Port Dickson untuk rawatan lanjut,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI