fbpx

Tujuh ‘laluan tikus’ menghubungkan Putrajaya dengan kawasan sekitar ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Sebanyak tujuh ‘laluan tikus’ atau jalan alternatif menghubungkan Putrajaya dengan kawasan bersempadanan ditutup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai semalam hingga 26 Januari depan.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd. Fadzil Ali berkata, laluan berkenaan adalah jalan alternatif ke Cyberjaya, Dengkil, Pinggiran Putra, Bangi dan Puchong.

Beliau berkata, antara laluan yang ditutup adalah Jalan Presint 5 menghala keluar dan masuk ke Taman Cabaran dan Dengkil; Lebuh Wadi Ehsan (Presint 19 menghala keluar ke Desa Pinggiran Putra; Persiaran Timur (Presint 16) susur keluar ke Desa Pinggiran Putra dan Jalan Resam keluar / masuk.

“Laluan lain adalah Jalan P11J, Presint 11 menghala keluar/masuk Cyberjaya; Lebuh Sentosa (dari Presint 11) hala keluar ke Persiaran Utara dan Jalan P14J menghala keluar/masuk Sungai Merab, Bangi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd. Fadzil berkata, pihaknya turut membuka Sekatan Jalan Raya (SJR) di empat lokasi pintu masuk utama ke Putrajaya bagi kawalan dan pemeriksaan membabitkan kekuatan 16 pegawai dan 64 anggota serta dibantu 48 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Menurutnya antara lokasi berkenaan adalah di Lebuh Sentosa menghala keluar ke Lebuhraya Maju (MEX Expressway); Persiaran Selatan menghala keluar ke Dengkil (Presint 5); Pintu 2A, Persiaran Utara menghala keluar ke Hospital Serdang dan Persiaraan Utara (Pintu 3) menghala keluar ke Puchong.

Selain itu, katanya, seramai enam pegawai dan 18 anggota serta 12 anggota ATM di tugaskan bagi memantau aspek pematuhan PKP di beberapa lokasi utama di Putrajaya.

“Antara lokasi berkenaan adalah Presint 1 hingga 20, Pasar Presint 8, Jabatan Imigresen Malaysia, Pasaraya Hero, Pusat Beli Belah Alamanda, Putrajaya Sentral, Presint Diplomatik dan Food Truck Hotspot Presint 15,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI