fbpx

Tokyo wajar gantikan Paris anjur Olimpik 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENGANJURAN Olimpik Tokyo yang dijangka pada Julai nanti mendapat reaksi pelbagai termasuk menggesa ia dibatalkan ekoran ancaman Covid-19. – AFP

London – Pemenang empat pingat emas Sukan Olimpik, Matthew Pinsent menegaskan bahawa temasya Sukan Olim­pik Tokyo yang dianjurkan pada tahun ini wajar dibatalkan berikutan pandemik Covid-19 dilihat semakin tidak terkawal.

Legenda sukan mendayung British tersebut percaya Jepun sepatutnya membuat keputusan segera menggantikan Paris untuk penganjuran Sukan Olim­pik 2024 nanti.

Sukan Olimpik Tokyo sepatutnya berlangsung tahun lalu tetapi ditangguhkan selepas seluruh dunia terkesan berikutan pandemik Covid-19.

Meskipun Jepun mengumumkan darurat di Tokyo akibat peningkatan virus ber­kenaan, namun pihak pe­nganjur mengatakan bahawa temasya itu tetap diteruskan pada 2021.

“Sekali lagi, IOC memerlukan kepimpinan yang berani. Cadangan supaya atlet, pegawai dan delegasi Olimpik perlu mendapatkan vaksin adalah tidak masuk akal.

“Sudah pasti kehadiran atlet mahupun pegawai ke temasya itu mengundang bahaya dan tindakan tersebut bagi saya tidak masuk akal,” kata Pinsent.

Sementara itu, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) mengakui laporan pembatalan yang tersebar adalah tidak bertanggungjawab dan palsu.

“Sudah pasti temasya Sukan Olimpik tetap diadakan dan kami beri jaminan bahawa ia akan mengutamakan ciri-ciri keselamatan,” ujar IOC. –AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI