fbpx

Sudahlah susah dapat ‘job’, tiba-tiba PKP pula – Farhan Asri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FARHAN ASRI

PETALING JAYA – Pelakon Farhan Asri melahirkan sedikit keresahan tentang karier lakonannya selepas kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula hari ini.

Menurut pemenang tempat kedua Pencarian Hero Remaja 2017 itu, selama ini dia cukup sukar mendapat tawaran berlakon walaupun sudah hampir empat tahun bertapak dalam industri.

“Sejujurnya saya memang risau apabila Perdana Menteri umumkan untuk melaksanakan semula PKP ekoran peningkatan kes Covid-19. Saya tahu bukan saya seorang sahaja yang terjejas, namun sedikit sebanyak perkara ini membimbangkan saya.

“Permulaan tahun 2021 ini barulah kehadiran saya dilihat beberapa produksi yang telah bertanyakan tentang jadual saya.

“Mereka (produksi) hendak menawarkan watak membintangi beberapa drama dan saya telah pun menyusun jadual kerja. Tapi nampaknya terpaksalah ditunda buat sementara,” katanya kepada Kosmo! Online.

Pelakon drama Menantu Tok Sintok itu juga bimbang jika terlepas tawaran menarik yang diberikan produksi kepadanya.

“Kalau saya tolak tawaran yang diberi, belum tentu lagi saya akan dapat peluang sama pada masa akan datang. Bagi saya itu adalah peluang keemasan.

“Tapi tidak mengapa kerana saya percaya pada rezeki dan berharap PKP kali ini tidak berpanjangan,” katanya.

Pada masa sama, pelakon berusia 24 tahun itu juga memohon kepada semua rakyat Malaysia untuk patuh terhadap arahan kerajaan dan berharap keadaan dapat dikawal semula bagi mengelak lebih ramai yang akan terjejas akibat Covid-19. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI