fbpx

Polis Sabah akan cadang kelonggaran perjalanan melebihi radius 10 kilometer sepanjang PKP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hazani (kiri) ketika meninjau situasi di SJR Jalan Penampang-Papar Lama sebentar tadi.

PENAMPANG – Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali menyatakan pihaknya bakal mencadangkan agar kelonggaran diberikan berkaitan perjalanan melebihi radius 10 kilometer sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Sabah.

Hazani berkata, perkara itu akan dibawa ketika mesyuarat jawatankuasa bencana negeri supaya dipertimbangkan.

“Cadangan ini diambil kira selepas melihat jarak antara daerah di Sabah yang luas selain terdapat beberapa daerah pedalaman turut terletak jauh daripada lokasi mendapatkan bekalan barangan keperluan harian.

“Contohnya, penduduk Sabindo di sini terpaksa pergi ke Putatan mendapatkan bekalan berbanding perjalanan ke pekan Papar yang lebih jauh. Situasi sama juga dihadapi penduduk di Tongod. Penduduk setempat terpaksa merentas daerah ke Telupid untuk mendapatkan bekalan makanan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas meninjau sekatan jalan raya (SJR) di Jalan Penampang – Papar Lama sebentar tadi.

Turut hadir, Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim.

Dalam pada itu, beliau berkata, orang awam boleh membawa bukti tempat tinggal seperti bil air atau elektrik untuk ditunjukkan ketika pemeriksaan SJR sebagai pengesahan.

Sementara itu, Hazani memaklumkan sebanyak 53 sekatan jalan diwujudkan sepanjang penguatkuasaan PKP di seluruh negeri.

“Operasi dijalankan membabitkan kira-kira 5,000 petugas keselamatan yang diketuai polis bersama pasukan keselamatan lain termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Rela dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).

“Semua SJR berkenaan diadakan di beberapa laluan strategik membabitkan jalan utama rentas daerah di negeri ini bagi memastikan semua SOP ditetapkan dipatuhi orang ramai.

“Begitu juga dengan penguatkuasaan 260 pasukan pemantau pematuhan SOP di seluruh negeri,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI