PETALING JAYA – Penjaja di Wilayah Persekutuan boleh terus menjalankan perniagaan mereka dan lesen akan diberikan secara percuma.
Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, mereka bagaimanapun diminta untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan arahan pihak berkuasa tempatan, Kementerian Kesihatan dan pihak berkuasa.
“Saya pohon kerjasama adik kakak, khususnya warga Wilayah Persekutuan supaya terus tinggal di rumah.
“Usah keluar rumah kecuali atas perkara sangat perlu, terutama kanak-kanak, orang tua dan yang uzur. Trend penularan adalah membimbangkan. Dengan kawalan pergerakan, wabak dapat dibendung,” katanya di laman Twitter hari ini. – K! ONLINE