fbpx

Mayat warga asing dalam longkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat seorang lelaki warga asing ditemui di dalam longkang dipercayai mangsa langgar lari dalam kejadian di Jalan Tampoi Lama, Johor Bahru semalam.

JOHOR BAHRU – Mayat seorang lelaki warga asing ditemui orang awam di dalam longkang di Jalan Tampoi Lama, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd. Fadzli Mohd. Zain berkata, mangsa yang merupakan pejalan kaki dipercayai dilanggar lari oleh sebuah kenderaan.

Katanya, pelanggaran tersebut menyebabkan mangsa telah tercampak ke dalam longkang terbabit.

Tambahnya, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan menerima maklumat tentang kejadian itu pada 10.20 pagi sebelum siasatan lanjut dijalankan.

“Kemalangan dipercayai berlaku kira-kira pukul 9 pagi semalam apabila mangsa yang berjalan kaki di sebelah kiri bahu jalan telah dilanggar oleh sebuah kenderaan lalu tercampak ke dalam longkang.

“Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan.

Mohd. Fadzli berkata, polis memohon kerjasama dari orang ramai bagi mengesan mana-mana saksi yang berada di tempat kejadian berikutan kes kematian seorang lelaki warga asing.

“Saksi kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Johor Bahru Selatan, Kelly Lee Ya Yek di talian 07-2237977 atau mana-mana balai polis yang berhampiran,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI