fbpx

Masjid Putra dan MTMZA ditutup sepanjang PKP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Masjid Putra.

PUTRAJAYA – Dua masjid utama iaitu Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA) ditutup bagi segala aktiviti sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula esok hingga 26 Januari ini.

Sehubungan itu, semua aktiviti termasuk solat jemaah, Solat Jumaat, majlis pernikahan, kuliah-kuliah, kelas pengajian dan program-program agama ditangguhkan sepanjang tempoh berkenaan.

Penutupan itu tertakluk kepada PKP yang mungkin dilanjutkan dari semasa ke semasa.

Sebelum ini, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) mengumumkan kebenaran solat Jumaat dengan bilangan maksimum 30 jemaah di semua masjid dan surau Jumaat di Wilayah Persekutuan sepanjang tempoh PKP

Menerusi pekeliling yang diberikan kepada pengurusan masjid dan surau di Wilayah Persekutuan hari ini, solat fardu lima waktu secara berjemaah ditangguhkan di semua masjid, surau dan surau Jumaat di Wilayah Persekutuan.

Bagaimanapun, solat berjemaah bagi setiap solat fardu lima waktu hendaklah didirikan oleh bilangan maksimum lima orang yang terdiri daripada anggota jawatankuasa dan pegawai-pegawai masjid. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI