fbpx

Laporte kukuhkan benteng Man City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LAPORTE memilih untuk mewakili negara Sepanyol pada Kejohanan Euro 2020 selepas mendapat kerakyatan negara tersebut semalam.

MANCHESTER – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola mampu menarik nafas lega selepas tonggak pertahanan utama, Aymeric Laporte sudah cergas dan mungkin kembali disenaraikan pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Brighton awal pagi esok.

Sebagai rekod, pemain kelahiran Perancis itu mengalami kecederaan sewaktu membantu skuad The Citizen menang 4-1 ke atas Arsenal dalam saingan EPL pada penghujung bulan lepas.

Guardiola berkata, Laporte sudah menjalani latihan berseorangan pada minggu lalu tetapi keputusan untuk meletakkannya dalam kesebelasan utama masih terlalu awal tetapi tidak menolak kemungkinan itu.

“Laporte sudah kembali bersama kami sejak menjalani latihan individu pada minggu lalu. Cuma, saya belum membuat keputusan sama ada untuk terus menyenaraikannya dalam ke­sebelasan utama atau tidak pada aksi bertemu Brighton.

“Buat masa ini benteng pertahanan kami masih lagi konsisten tetapi dalam masa yang sama saya tidak mahu menafikan impak yang diberikan oleh Laporte. Apa yang pasti, saya harap dia dapat kembali bersama pasukan secepat mungkin,” katanya.

Sementara itu, Guardiola turut mengesahkan bahawa penyerang utama, Sergio Aguero terlepas aksi bertemu Brighton kerana diarahkan untuk menjalani kuarantin kendiri di kediamannya ekoran menjadi kontrak rapat pesakit Covid-19 sebelum ini.

“Kami kehilangan khidmat Aguero yang telah diarahkan menjalani kuarantin di rumah kerana kontak rapat dengan individu yang positif Covid-19. Namun, dia telah menjalani ujian calitan sebanyak enam kali dan semua keputusan itu negatif,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI