fbpx

‘Kucing peliharaan pun mangsa bah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUKARELAWAN Medic Iltizam Ambulance Segamat mengambil inisiatif menyelamatkan haiwan peliharaan yang terperangkap akibat banjir di sekitar daerah Segamat.

SEGAMAT – Menyedari ramai mangsa banjir tidak sempat menyelamatkan haiwan peliharaan masing-masing kerana terpaksa meninggalkan kediaman de­ngan segera, sukarelawan Medic Iltizam Ambulance Segamat mengambil inisiatif melancarkan gerakan mencari dan menyelamat haiwan tersebut.

Akibat air naik mendadak sewaktu banjir akhir-akhir ini, ramai penghuni hanya mampu melihat kucing peliharaan mereka bergelandangan di tepi jalan sekitar rumah.

Bekas ahli Persatuan Bulan Sabit Malaysia (PBSM) Segamat yang juga pengendali Medic Iltizam Ambulance Segamat, Fairuz Yahya, 50, berkata, idea itu tercetus setelah melihat banyak haiwan peliharaan itu turut menjadi mangsa semasa banjir melanda.

“Antara kes menyayat hati adalah kucing peliharaan mati dalam kediaman yang dilanda banjir besar sekitar Segamat pada 2006 dan 2011 yang lalu.

“Apabila menyedari tempat tinggal mereka mula dinaiki air dengan mendadak, ada segelintir penduduk yang panik bergegas menyelamatkan diri serta terlupa nasib kucing peliharaan sebelum ke

Pusat Pemindahan Sementara (PPS),” katanya ketika ditemui di Kampung Seberang Batu Badak, di sini baru-baru ini.

Katanya, mungkin dalam keadaan kelam-kabut itu, mang­sa banjir terlupa untuk membawa bersama kucing peliharaan mereka menyebabkan haiwan berkenaan terperangkap sama ada di atas pokok, bumbung rumah dan di atas parkir bumbung di luar kediaman.

Selain Fairuz, pasukan itu turut dibantu 10 anggota termasuk Hairudin Md. Salleh, 63, dan Nurul Shahira Iqma, 18, bagi mengesan kucing yang ditinggalkan di kediaman mangsa banjir.

“Selain menyelamat dan memberi makan ku­cing yang juga mang­sa banjir, kami turut me­rawat kucing di dalam ambulans, sementara menunggu air surut dan tuannya pulang,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI