fbpx

Kejutan besar berlaku di Terbuka Abu Dhabi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SABALENKA mara ke pusingan separuh akhir Terbuka Abu Dhabi selepas menundukkan Rybakina awal pagi semalam. – TWITTER WTA

ABU DHABI – Juara Terbuka Australia, Sofia Kenin dan pemain pilihan kedua, Elina Svitolina tersingkir daripada sai­ngan Terbuka Abu Dhabi selepas terkandas di saingan suku akhir awal pagi semalam.

Pemain ranking No.4 dunia, Kenin tewas di tangan pemain pilihan kesembilan, Maria Sakkari dengan keputusan 2-6, 6-2, 6-0 sementara Svitolina tumbang di tangan pemain bukan pilihan, Veronika Kudermetova 5-7, 6-3, 7-6 (7-3).

“Menewaskan pemain terbaik minggu ini sangat bermakna buat saya. Saya bermain dengan baik ketika saya berjaya mengatasi Garbine Muguruza sebelum ini.

“Saya yakin jika mengekalkan permainan terbaik seperti ini tidak mustahil saya mampu melang­kah ke pentas final. Saya akui kemenangan pada hari ini menyuntik semangat saya untuk pergi lebih jauh,” kata Sakkari.

Hasil kemenangan tersebut Sakkari akan berdepan pemain pilihan keempat, Aryna Sabalenka yang tampil cemerlang me­numbangkan Elena Rybakina 6-4, 4-6, 6-3.

Musim lalu, Sabalenka berjaya meraih gelaran di Terbuka Ostrava dan Terbuka Linz. Kemenangan di Abu Dhabi merupakan permulaan terbaik buatnya sebelum menghadapi Terbuka Australia nanti.

“Saya akui Terbuka Australia bukan mudah dan saya harap permulaan terbaik di Abu Dhabi dapat melonjakkan semangat serta prestasi pada tahap tertinggi,” ujarnya.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN