PENYANYI Johyun mengaku dia tidak pernah sekali pun berasa tertekan atau tidak selesa dengan imej seksinya selama ini.
Realitinya, penyanyi kumpulan Berry Good itu mendedahkan dia berasa gembira kerana imej berkenaan diterima ramai dan disukai peminat.
“Tetapi kadang-kadang timbul rasa bimbang dalam hati saya. Adakah orang akan tetap suka sekiranya saya tidak seksi?” luahnya ketika muncul dalam temu bual saluran YouTube K-pop Idol Olympic.
Johyun, 25, mendedahkan bahawa dia kerap membaca komen netizen yang rata-ratanya memberi sokongan terhadapnya.
“Komen-komen mereka membuatkan saya jadi bersemangat. Saya juga kerap menonton video-video yang dirakam kamera peminat.
“Dari situ saya sedar yang ramai sukakan saya. Jangan berhenti ambil gambar saya. Saya sangat sukakannya,” katanya yang memulakan debut bersama Berry Good sejak kumpulan itu ditubuhkan pada 2014.
Sebelum ini dia pernah mencetuskan kontroversi selepas tampil berpakaian seksi dan provokatif dalam sitkom popular Saturday Night Live (SNL) Korea.