fbpx

Jangan keluarkan kenyataan tidak berasas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELAKSANAAN darurat membolehkan kerajaan menumpukan sepenuh perhatian ke arah memulihkan kesihatan rakyat. – GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Masyarakat dan juga ahli politik dinasihatkan untuk mengawal diri daripada mengeluarkan komen dan kenyataan tidak berasas yang boleh meletakkan negara di kedudukan yang tidak stabil semasa menghadapi wabak pandemik Covid-19.

Penganalisis Politik. Dr. Jeniri Amir berkata, Proklamasi Darurat yang diumumkan kerajaan semalam merupakan darurat kesihatan di mana kerajaan Pusat dan kerajaan ne­geri masih berjalan seperti biasa.

“Harus diakui ia darurat kesihatan. Kita bukan dalam darurat ketenteraan yang memberi kuasa mutlak kepada tentera untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana individu yang membuat kacau semasa tempoh darurat dilaksanakan.

“Bagaimanapun, rakyat dan juga mana-mana ahli politik perlu mengetepikan ideologi sendiri dalam tempoh ini dan mele­takkan kepentingan memulihkan negara sebagai perkara utama,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Sehubungan itu katanya, rakyat perlu akur amaran yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam terhadap pihak yang cuba menganggu-gugat usaha kerajaan dalam membendung penularan Covid-19.

“Amaran itu perlu diambil kira oleh parti-parti sedia ada. Kalau tidak, kita akan berdepan dengan satu keadaan yang sukar dan sulit untuk ditangani.

“Kepimpinan politik dilihat lebih mengutamakan kekuasaan sehingga boleh mengganggu tumpuan kerajaan kepada ­aspek kesihatan serta ekonomi,” jelasnya.

Sementara itu, Ketua Kluster Tadbir Urus dan Integriti, Majlis Profesor Universiti Utara Malaysia, Prof. Dr. Ahmad Martadha Mohamed berkata, pelaksanaan darurat ini dilihat sebagai cara yang membolehkan kerajaan untuk menumpukan sepenuh perhatian ke arah memulihkan kesihatan dan juga ekonomi ­negara.

“Dengan adanya darurat ini maka tidak timbul suara-suara yang mendesak kerajaan untuk membuat pilihan raya ataupun menarik sokongan kepada kerajaan hari ini,” katanya.

“Bagaimanapun katanya, ke­rajaan perlu meningkatkan lagi kefahaman masyarakat di dalam dan luar negara berkaitan de­ngan objektif diadakan darurat sebegini,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI