fbpx

Choi Yoo-jung diamkan netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHOI YOO-JUNG

PEMINAT bertepuk tangan dengan sikap berani penyanyi Choi Yoo-jung yang membalas komen jahat seorang netizen terhadapnya.

Individu terbabit mengeluarkan kenyataan yang dianggap biadab dengan menyifatkan kumpulan Weki Meki akan mengikut jejak langkah Gugudan yang dibubarkan baru-baru ini.

“Yoo-jung, tidak takutkah kalau nasib Weki Meki akan jadi sama seperti Gugudan?” tanya netizen itu.

“Hiduplah seperti ini sampai bila-bila,” jawab Yoo-jung ringkas.

Tindakan penyanyi berusia 22 tahun itu memberikan jawapan balas tanpa melenting dipuji peminat kerana masih bersikap sopan ketika dikritik.

Terdahulu, Gugudan mengumumkan bahawa kumpulan mereka terpaksa dibubarkan pada tanggal 31 Disember lalu selepas hanya mampu bertahan dalam industri selama empat tahun.

Sementara Weki Meki pula ditubuhkan sejak 2017 dan membariskan seramai lapan orang ahli termasuk Yoo-jung.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI