fbpx

Che Nom trending lagi PKP 2.0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Akaun YouTube Che Nom

PETALING JAYA – Personaliti media sosial Che Nom yang sebelum ini terkenal dengan resipi-resipi menyelerakan disulami dengan tutur kata yang lemah lembut sewaktu memasak kembali trending di media sosial sebaik Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali kedua dikuatkuasakan.

YouTuber tempatan yang popular dengan pembuka kata ‘hai semua’ itu sebelum ini menjadi pilihan tontonan netizen di platform YouTube sewaktu PKP pertama kali dilaksanakan Mac tahun lalu.

Tinjauan di laman Twitter mendapati Che Nom atau nama sebenarnya Normah Bakar, 39, kembali menjadi salah satu carian tertinggi dengan lebih daripada 10,400 ciapan mengenainya.

Seorang pengguna Twitter dengan nama @NaddnotNutt berkata, personaliti media sosial itu adalah penyelamat dan dia banyak belajar daripada wanita berkenaan tentang resipi terbaharu.

“Dia (Che Nom) betul-betul seorang penyelamat dan secara jujurnya saya banyak belajar serta menerokai resipi baharu menerusi video yang dimuat naik di laman YouTubenya,” ciapnya.

Seorang lagi pengguna Twitter dengan nama @ChimonUniverse turut menyatakan kebanggaanya selepas melihat Che Nom kembali menjadi sohor dan trending di laman sosial berkenaan.

“Wah, Che Nom trending nombor satu. Saya sangat bangga. Saya peminat kakak dan terima kasih kerana selalu berkongsi resipi menarik dengan kami. Suaranya juga sangat menenangkan,” ciapnya.

Semakan lanjut mendapati, Che Nom mula menjadi trending di laman sosial Twitter selepas satu ciapnnya yang dirasakan sebagai satu respons terhadap isu paten melibatkan keluarga selebriti popular tanah air yang tular baru-baru ini.

“Siapa nak guna resepi Che Nom buat meniaga, guna lah. Tidak perlu minta halal minta izin pun. Tiada trademark (tanda dagangan). Insya-Allah sama-sama kita cari rezeki,” ciapnya menerusi akaun Twitter @realCheNom. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI