fbpx

Bergelap 40 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAZIZAH (duduk) melihat Mohd. Zulkarnain menunjukkan lampu kalimantang yang tidak berfungsi di rumah mereka di Baling.

BALING – Seorang ibu tunggal berharap tahun baharu ini memberi sinar buat dia dan dua anaknya yang terpaksa menjalani kehidupan tanpa bekalan elektrik dan air bersih sejak kira-kira 40 tahun lalu.

Hazizah Md Noor, 57, dari Kampung Paya Menora, Kuala Ketil di sini berkata, mendakwa dia berkahwin pada usia 17 tahun dan menetap di sebuah rumah yang dibina di bawah Projek Perumahan

Rakyat Termiskin di kawasan kebun getah di hujung kampung tersebut.

“Sejak mendiami rumah itu, kami tidak menikmati bekalan air dan elektrik. Banyak pihak berjanji hendak bantu namun tiada lagi nampak hasilnya,” dakwanya.

Rumah Hazizah dengan rumah penduduk lain yang mempunyai bekalan elektrik dan air adalah lebih tiga kilometer.

Menurutnya, dia pernah menggunakan generator yang disumbangkan oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tetapi telah rosak.

“Rumah kami kembali gelap dan hanya diterangi pelita minyak tanah dan lilin sehingga sekarang,” ujarnya.

Hazizah mendapat bantuan bulanan sebanyak RM200 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Menurut ibu kepada empat anak itu, bekalan air pula diperoleh dari telaga yang dikorek berdekatan rumah selain menggunakan air hujan yang ditadah untuk mandi, memba­suh dan minum.

“Kehidupan saya semakin sukar selepas suami meninggal dunia tiga tahun lalu selain kaki kanan saya terpaksa dipotong kerana diabetes,” katanya.

Dia yang sukar untuk berge­rak kini dijaga dua anak lela­kinya iaitu Mohd. Zulkarnain, 18, dan Mohd. Nazri, 21, yang mencari pendapatan dengan menoreh getah.

Sementara itu, anak bongsu, Mohd. Zulkarnain berkata, dia dan abangnya Mohd. Nazri reda membesar dalam keadaan serba kekurangan selama ini kerana tahu keadaan keluarga­nya yang susah.

Sehubungan itu, orang ramai yang ingin meringankan beban keluarga tersebut boleh berhubung dengan Mohd. Zulkarnain di talian 016-885 3617 atau menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Rakyat Hazizah di nombor 2201573096.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI