fbpx

Anak hakim didakwa merusuh di Capitol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aaron hadir ke bangunan Mahkamah Persekutuan Brooklyn kelmarin selepas ditahan menyertai rali di bangunan Capitol pada minggu lalu. -AFP

NEW YORK – Anak kepada seorang hakim di New York ditangkap kelmarin kerana menyertai rusuhan ganas di bangunan Capitol minggu lalu, selepas beratus-ratus penyokong Donald Trump berarak ke premis berkenaan, kata pendakwa raya.

Aaron Mostofsky, 34, ialah antara penyokong pro-Trump yang ditahan dan dihadapkan ke mahkamah berhubung insiden keganasan pada Rabu lalu sehingga menyebabkan wakil-wakil rakyat lari untuk menyelamatkan diri.

Mostofsky didakwa atas empat pertuduhan termasuk mencuri harta milik kerajaan, kemasukan secara haram dalam bangunan terkawal dan perbuatan tidak senonoh, menurut kertas pendakwaan.

Pihak pendakwa menyatakan dia dipercayai mencuri satu perisai polis rusuhan dan ves kalis peluru.

Pihak tersebut mengaitkan dakwaan itu dengan beberapa gambar Mostofsky termasuk di laman Instagram tertuduh yang memaparkan dia berada dalam bangunan Capitol bersama perisai dan ves tersebut.

Tertuduh juga dikatakan memakai pakaian berasaskan bulu haiwan dan memegang sebatang kayu.

Gambar tangkap layar menunjukkan anak seorang hakim duduk memakai ves polis dan memegang perisai rusuhan milik pihak berkuasa di dalam bangunan Capitol. -NBCNEWYORK.COM

Mostofsky berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun jika disabitkan bersalah kes mencuri harta milik kerajaan.

Kelmarin, tertuduh dibawa ke hadapan seorang hakim di Brooklyn yang membebaskannya dengan jaminan bersama beberapa syarat seperti tidak boleh menyertai rali politik serta keluar dari Bandar Raya New York tanpa kebenaran.

Bapa Mostofsky,  Shlomo Mostofsky ialah seorang hakim Mahkamah Agung negeri di Brooklyn dan figura penting dalam komuniti Yahudi Ortodoks di New York. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI