fbpx

Abai keselamatan beriadah di tapak pembinaan lebuh raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TINDAKAN segelintir individu menjadikan kawasan pembinaan lebuh raya sebagai lokasi beriadah mendapat kecaman pengguna sosial media yang menyifatkan ia sebagai perbuatan berbahaya.- Foto TWITTER @mySUKEofficial

PETALING JAYA – Tindakan segelintir individu menjadikan tapak pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (Suke) sebagai lokasi beriadah dan berjoging mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya menyifatkan ia sebagai berbahaya dan tidak bertanggungjawab.

Lebuh raya berkenaan menerusi akaun Twitter @mySUKEofficial memuat naik satu kenyataan ringkas beserta empat keping gambar memaparkan tindakan segelintir individu yang menjadikan lokasi tapak pembinaan lebuh raya itu sebagai kawasan untuk melakukan aktiviti riadah.

“Tapak pembinaan adalah kawasan larangan untuk orang awam bagi mengelakkan berlakunya sebarang kejadian yang tidak diingini.

“Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kejadian yang berlaku malahan penceroboh boleh dikenakan tindakan undang-undang,” jelas kenyataan itu hari ini.

Tambahnya, sebarang aktiviti rekreasi di kawasan berkenaan adalah tidak selamat dan akan dibentung bagi tujuan keselamatan.

“Aktiviti rekreasi orang awam di kawasan pembinaan ini adalah tidak selamat. Kawalan dan pemantauan secara berterusan akan dilaksanakan di kawasan-kawasan berikut bagi memastikan ia dapat dibendung demi keselamatan,” jelasnya.

Tinjauan perkongsian semula ciapan berkenaan mendapati rata-rata netizen mengecam perbuatan itu memandangkan kawasan tersebut adalah tidak selamat dengan jalan raya yang tidak berturap.

Bagaimanapun, lokasi sebenar serta tarikh kejadian masih tidak dapat dipastikan dan perkara tersebut sedang di semak oleh pihak pengurusan lebuh raya berkenaan.

Sementara itu, seorang pengguna Twitter dengan nama @itsarinamin turut menempelak perbuatan individu-individu berkenaan yang dirasakan berbahaya dan akan menyusahkan banyak pihak sekiranya berlaku perkara tidak dingini.

“Cari pasal lah masing-masing. Kalau jadi apa-apa kan susah. Terlebih cerdik pun payah,” ciapnya.

Turut memberikan komen adalah penyanyi serta pelakon, Adibah Noor yang mempersoalkan tindakan individu-individu tersebut untuk beriadah di kawasan berkenaan yang dirasakan tidak sepatutnya berlaku.

“Kalau dah begini, jangan lah nak suruh mereka tampal lubang ke, siapkan jambatan ke. Kamu yang pergi situ kenapa?,” ciap beliau berseloroh. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI