fbpx

48 kenderaan diarah patah balik, pemandu beri alasan mahu beli makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Majid memeriksa dokumen kebenaran rentas daerah yang ditunjukkan seorang pemandu di SJR di Jalan Taman Sutera Wangi, Batu Berendam, di sini, hari ini.

MELAKA – Dalam tempoh kurang tujuh jam, sebanyak 48 kenderaan diarahkan untuk berpatah balik selepas memberikan alasan tidak munasabah untuk merentas daerah termasuk ingin membeli makanan.

Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd. Ali berkata, kebanyakan pemandu diarah berpatah balik ketika melalui sekatan jalan raya (SJR) di sempadan daerah Alor Gajah dengan Jasin yang dilakukan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Katanya, sepanjang sekatan dibuka dari pukul 12.01 tengah malam sehingga 7 pagi tadi, sebanyak 4,218 kenderaan telah diperiksa di 14 SJR tetap dan 11 SJR begerak (mobile) di tiga daerah negeri ini.

“Daripada jumlah keseluruhan pemeriksaan, sebanyak 48 kenderaan telah diarahkan untuk berpatah balik kerana alasan diberikan mereka adalah tidak munasabah termasuk ingin membeli makanan.

“Lima daripada pemandu juga telah dikompaun kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan semasa PKP iaitu merentas negeri tanpa sebarang dokumen atau kebenaran,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas meninjau SJR di Jalan Taman Sutera Wangi, Batu Berendam, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut alasan yang diberikan pemandu, beliau berkata, masyarakat perlu memahami SOP yang ditetapkan iaitu membeli bekalan makanan dan keperluan harian di dalam kawasan penempatan pada jarak tidak melebihi radius 10 kilometer.

“Sekiranya bekalan asas termasuk perubatan tiada dalam radius penempatan, barulah kita akan mempertimbangkan atau ambil kira untuk membolehkan mereka rentas daerah.

“Walaubagaimanapun, dalam tempoh tiga hari ini, kita akan berikan kelonggaran kepada masyarakat untuk faham mengenai SOP, jadi penguatkuasaaan yang dilaksanakan tidaklah begitu tegas lagi,” katanya.

Tambahnya, selepas tempoh tiga hari, penguatkuasaan akan dilaksanakan secara penuh dan tindakan tegas akan dikenakan kepada mereka yang ingkar.

Katanya, setakat ini pelaksanaan SJR di negeri ini melibatkan seramai 700 penguat kuasa terdiri daripada pegawai dan anggota bagi pasukan pematuhan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI