fbpx

Zii Jia sukar kembali ke prestasi asal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZII JIA terpaksa akur tersingkir daripada Terbuka Indonesia seawal pusingan pertama di Pusat Konvensyen Antarabangsa Bali, Indonesia hari ini.

SELEPAS lebih sembilan bulan tidak beraksi pada kejohanan kompetitif, perseorangan lelaki No.1 negara, Lee Zii Jia dijangka berdepan tugas sukar untuk kembali ke prestasi lamanya.

Ketua jurulatih perseorangan lelaki kebangsaan, Hendrawan percaya anak buahnya itu memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri bagi menampilkan aksi terbaik pada kejohanan Terbuka Thailand yang akan bermula hari ini.

Katanya, semua pemain diberikan masa yang cukup terhad untuk menjalani latihan di ge­langgang dan gimnasium selain tidak dibenarkan keluar dari bilik penginapan ketika berada di hotel.

“Setakat hari ini (semalam), tempoh latihan sangat terhad dan kami juga hanya boleh gunakan gimnasium selama sejam. Kemudian, apabila waktu kua­rantin kami tidak dibenarkan keluar dari bilik.

“Kita sudah tidak beraksi lebih sembilan bulan, jadi saya mahu tengok dulu prestasinya (Zii Jia) macam mana. Dia masih muda, jadi bukan mudah untuk dia kembali ke prestasi lama,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Hendrawan yang juga bekas juara dunia menegaskan, mana-mana pemain yang cepat menyesuaikan diri dengan situasi baharu akan mendapat kelebihan pada kejohanan tersebut.

Dalam pada itu, beliau juga berpendapat, ketiadaan beberapa pemain termasuk pemain No. 1 dunia dari Jepun, Kento Momota langsung tidak memberi sebarang kelebihan buat pemain-pemain lain.

“Kita sekarang berdepan situasi baharu, jadi mana-mana pemain yang sabar dan cepat menyesuaikan diri akan memiliki kelebihan pada kejohanan ini nanti.

“Walaupun ramai pemain tidak datang termasuk Momota, namun saya tidak boleh cakap mengenai peluang masing-ma­sing kerana semua pemain sudah lama tidak bermain pada kejohanan kompetitif,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI