fbpx

Yiren, Sihyeon disahkan bebas Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YIREN (kiri) dan Sihyeon.

DUA anggota kumpulan EVERGLOW iaitu Yiren dan Sihyeon yang sebelum ini positif Covid-19 disahkan bebas daripada wabak berkenaan.

Berita tersebut dimaklumkan oleh agensi mereka, Yuehua Entertainment dengan memaklumkan kedua-dua penyanyi itu sudah pun selesai menjalani rawatan isolasi.

“Mereka selesai menjalani ujian calitan Covid-19 terakhir dan disahkan negatif. Selepas Yiren dan Sihyeon disahkan positif pada 1 Disember lalu, mereka menerima rawatan di hospital.

“Sekarang kedua-dua mereka disahkan negatif dan dibenarkan meneruskan rutin seharian seperti biasa. Begitu juga dengan perancangan aktiviti bersama ahli EVERGLOW yang lain,” ujar agensi tersebut.

Mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku, Yuehua Entertainment berjanji untuk menjaga keselamatan artis mereka dengan lebih ketat.

“Kami memohon maaf kepada peminat kerana membuatkan kalian risau. Terima kasih kerana menunggu EVERGLOW,” katanya.

Yiren dan Sihyeon disahkan positif Covid-19 pada 1 Disember tahun lalu. Sementara empat lagi anggota EVERGLOW disahkan negatif tetapi tetap menjalani kuarantin kendiri selama dua minggu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI