fbpx

Warga Bangladesh dalang sindiket pemalsuan dokumen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairul Dzaimee (dua kanan) melihat kad pendaftaran personel binaan CIDB palsu pada sidang akhbar di Jabatan Imigresen Putrajaya di sini, hari ini. Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Taktik seorang lelaki warga Bangladesh menyewa dua buah unit apartmen dengan salah satunya dijadikan markas untuk memproses dokumen palsu imigresen terbongkar dalam satu serbuan di Cheras, Selangor, semalam.

Ketua Pengarahnya, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, suspek utama berusia 32 tahun itu dipercayai mengetuai satu sindiket pemalsuan dokumen imigresen yang ditumpaskan pada tahun 2017.

Beliau berkata, pihaknya juga berjaya menangkap seorang lagi suspek berusia 25 tahun selain merampas wang tunai sebanyak RM8,300 dan 64 naskhah pasport palsu pelbagai negara.

“Modus operandi suspek ialah dengan menyewa dua buah apartmen berdekatan bertujuan mengelirukan pihak penguat kuasa dengan salah satu unit dijadikan sebagai kediaman manakala sebuah unit lain dijadikan sebagai markas untuk pemprosesan dokumen palsu imigresen.

“Jabatan Imigresen merampas 62 naskhah pasport Bangladesh, satu pasport Myanmar, satu naskah pasport Indonesia, lima ikatan kulit pasport pelbagai negara dan keping pelekat palsu Malpass tidak bercetak,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Khairul Dzaimee berkata, suspek mendapat pelanggan dengan cara mengiklankan perkhidmatan beliau melalui aplikasi WhatsApp dan melalui orang tengah yang mengutip pasport serta bayaran.

Menurutnya, bagi penghantaran pasport yang telah siap, suspek akan menyembunyikan pasport di lokasi tertentu serta mengambil gambar tempat pasport disembunyikan sebelum dihantar kepada pemilik pasport untuk tujuan kutipan.

Katanya, suspek mengenakan bayaran RM300 bagi sekeping pelekat Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) palsu, RM20 sekeping bagi iKad dan Kad CIDB palsu dan RM150 bagi senaskah pasport palsu pelbagai negara. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI