fbpx

Warga asing berkeliaran selepas bebas Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bekas pesakit Covid-19 bukan warganegara terpaksa berjalan jauh termasuk melalui kawasan perkampungan sebaik dibenar keluar dari PKRC Kompleks Sukan Balik Pulau di sini sejak Ahad lalu.

BALIK PULAU – Bekas pesakit Covid-19 bukan warganegara didakwa berkeliaran dan berjalan jauh untuk mendapatkan pengangkutan awam di Pekan Simpang Empat di sini sebaik dibenar meninggalkan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), Kompleks Sukan Balik Pulau sejak Ahad lalu.

Tindakan mereka telah mendatangkan ketidakselesaan dalam kalangan penduduk kampung berhamipran dan penjaja tepi jalan selain simpati dengan nasib yang dialami warga asing terbabit.

Jarak PKRC Kompleks Sukan Balik Pulau dan Pekan Simpang Empat adalah kira-kira dua kilometer.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong, Mohd. Tuah Ismail berkata, perkara tersebut telah mendatangkan masalah kepada bekas pesakit termasuk mengundang kegusaran dalam kalangan penduduk sekitar.

Menurutnya, pihak berwajib seharusnya menyediakan kemudahan pengangkutan kepada bekas pesakit itu memandangkan lokasi PKRC berkenaan terletak jauh dari lokasi-lokasi pusat bandar.

“Mereka (bekas pesakit) tiada kemudahan untuk pulang ke rumah dan berkeliaran serta berjalan kaki jauh ke stesen bas. Pihak saya difahamkan yang mereka ada cubaan untuk meminta bantuan van pengangkutan beberapa badan dan agensi tetapi gagal.

“Disebabkan hal itu, saya telah menawarkan perkhidmatan pacuan kereta empat roda milik saya bagi membantu membawa mereka pulang baru-baru ini.

“Persoalannya, bagaimana dengan prosedur operasi standard (SOP) untuk menghantar pulang bekas pesakit yang telah sembuh?”katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Justeru, beliau merayu supaya diwujudkan kemudahan pengangkutan untuk bekas pesakit ketika dibenarkan pulang ke rumag dari PKRC. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI