fbpx

Tuanku Muhriz batal istiadat pengurniaan darjah kebesaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Sempena Hari Keputeraan Ke-73 Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan pada 14 Januari ini dibatalkan.

Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Dr. Razali Ab. Malik berkata, pembatalan itu dititahkan oleh Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

“Kerajaan Negeri Sembilan menjunjung titah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Sehubungan itu, Razali berkata, semua atur cara yang dirancang sepanjang istiadat di Balairung Seri, Istana Besar Seri Menanti, Negeri Sembilan adalah terbatal.

Kata beliau, pembatalan itu juga selaras dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan semalam
bagi mengawal penularan jangkitan Covid-19 di Malaysia. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI