fbpx

Tabung Bjak Kasih sasar kutipan RM1 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Pelopor perkhidmatan perbandingan insurans kereta, Bjak.my bakal melancarkan tabung Bjak Kasih bagi membantu mangsa banjir di beberapa buah negeri terjejas.

Pegawai Perhubungan Korporat Bjak.my, Amierul Nasir berkata, pihaknya mengambil inisiatif membuka tabung derma itu bagi menggalakkan rakyat membantu mangsa-mangsa banjir.

“Banjir kali ini teruk, sama seperti pada tahun 2014. Ia sememangnya memilukan apatah lagi kini kita juga sedang berdepan dengan pandemik Covid-19.

“Kami yakin, setiap rakyat Malaysia ketika ini bersimpati dengan nasib mangsa-mangsa banjir ini dan cuba menghulurkan bantuan kepada mereka,” katanya di sini tadi.

Katanya, pelanggan kami boleh menderma ke tabung berkenaan ketika memperbaharui insurans kereta di platform Bjak.my dengan menekan pautan yang disediakan.

“Bagi setiap ringgit yang disumbangkan oleh pelanggan Bjak.my, syarikat kami akan menggandakan dengan jumlah yang sama.

“Strategi kami berbeza dengan yang lain kerana kami bukan sahaja membantu mangsa banjir dengan menderma, malah menggalakkan pelanggan kami untuk berbuat yang sama,” jelasnya.

Katanya, Bjak.com menyasarkan jumlah kutipan sebanyak RM1 juta dan akan disumbangan kepada mangsa banjir pada pertengahan Februari.

Tabung Bjak Kasih akan dibuka bermula 15 Januari ini dan tamat sehingga 31 Januari depan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI