PETALING JAYA- Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi operasi sekolah di negeri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP) adalah sama.
Menteri Kanan (Pendidikan), Dr. Radzi Jidin berkata, susulan itu, pihaknya akan memastikan pematuhan SOP pelajar yang perlu menjalankan pembelajaran secara bersemuka pada tahap maksimum.
“Antara cabaran utama Kementerian Pendidikan (KPM) ialah ketika pelajar pulang dari sekolah. Jadi, kami meminta kerjasama rapat ibu bapa, guru dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) untuk melaksanakan penyuraian itu dengan baik.
“Kita belajar daripada apa yang berlaku dan sedang buat yang terbaik, KPM memohon jasa baik ibu bapa dan penjaga memastikan kepulangan pelajar lebih teratur,” katanya dalam sidang akhbar khas KPM di sini tadi. -K! ONLINE