KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menyatakan kerajaan Sabah menyambut baik pengisytiharan darurat diumumkan Yang di-Pertuan Agong hari ini.
Menurut beliau, langkah berkenaan dilihat adalah keperluan dan langkah proaktif sebagai usaha membendung penularan wabak COVID-19.
“Keperluan untuk menahan penyebaran virus dan melindungi kesihatan orang adalah sangat penting,” katanya ringkas menerusi kenyataan media hari ini.
Terdahulu,Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah membuat pengisytiharan darurat berkuatkuasa 11 Januari sehingga 1 Ogos depan.
Keputusan berkenaan diambil selepas baginda menerima menghadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin bin Yassin di Istana Negara, semalam.-K! ONLINE