fbpx

Premis perniagaan dibenarkan beroperasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Semua premis menjual makanan termasuk restoran, kedai makan, penjaja dan medan dibenarkan beroperasi antara pukul 6 pagi sehingga 8 malam.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, aktiviti pembekalan atau penjualan makanan hanya dibenarkan secara bawa pulang, pandu lalu atau penghantaran sahaja bermula tempoh tersebut.

Katanya, kedai keperluan harian juga boleh beroperasi dari pukul 6 pagi hingga 8 malam.

“Pasar harian dan pasar tani boleh beroperasi dari pukul 7 pagi hingga 2 petang, manakala pasar borong boleh beroperasi dari pukul 12.01 pagi sehingga 6 pagi dan 11 pagi sehingga 4 petang.

“Stesen minyak boleh beroperasi dari pukul 6 pagi sehingga 10 malam kecuali stesen minyak di lebuh raya boleh beroperasi sehingga 24 jam,”katanya di sini hari ini.

Tambah Ismail Sabri, hospital dan klinik boleh beroperasi 24 jam, manakala kedai farmasi boleh beroperasi dari pukul 6 pagi hingga 8 malam.

“Kedai dobi kecuali dobi layan diri dibenarkan beroperasi dari pukul 6 pagi sehingga 8 malam,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI