PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan membuat pengumuman khas darurat pada pukul 11 pagi ini.
Perkara itu disahkan oleh Pejabat Perdana Menteri.
Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memberi perkenan supaya Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan sebagai langkah proaktif untuk membendung gejala wabak Covid-19.
Al Sultan Abdullah turut memberi perkenan untuk tempoh pelaksanaan darurat ini sehingga 1 Ogos depan atau sehingga suatu tarikh yang lebih awal jika angka kes positif Covid-19 harian dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan. – K! ONLINE