fbpx

Pilihan raya negeri Sarawak ditangguh sehingga tamat darurat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUCHING – Pilihan Raya Negeri Sarawak terpaksa ditangguhkan setelah darurat diisytiharkan berkuatkuasa sehingga 1 Ogos tahun ini.

Naib presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, Sarawak terpaksa akur dengan pengisytiharan tersebut yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khas hari ini.

“Pilihan raya negeri hanya boleh diadakan selepas 1 Ogos kecuali jika darurat ditamatkan lebih awal atau diberi kelonggaran di Sarawak,” katanya ketika dihubungi.

Tempoh DUN negeri akan tamat pada 7 Jun dan Sarawak harus mengadakan pilihan raya negeri pada atau sebelum 7 Ogos.

Menurut Perlembagaan Sarawak, pilihan raya negeri mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

Di samping itu, Presiden Sarawak United Peoples’ Party (SUPP), Datuk Seri Dr Sim Kui Hian berkata, keputusan untuk mengisytihar darurat itu adalah satu langkah yang baik dalam mengutamakan nyawa rakyat daripada politik.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI