fbpx

Penutupan taman awam, pusat rekreasi bermula esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Perbadanan Putrajaya (PPj) menutup sementara taman-taman awam di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di sini selaras arahan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKP) yang bermula esok.

Dalam kenyataan dikongsi menerusi Facebook, PPj memaklumkan, taman-taman awam berkenaan ditutup kepada pengunjung sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

“Antara taman-taman awam terbabit adalah Taman Wetland Putrajaya, Taman Wawasan, Taman Putra Perdana, Taman Botani Putrajaya, Taman Saujana Hijau dan Taman Rimba Alam,” katanya.

Dalam pada itu, Marina Putrajaya Sdn. Bhd. turut mengumumkan penutupan bagi operasi Marina Putrajaya, Cruise Tasik Putrajaya, Kompleks Sukan Air Putrajaya dan Pusat Rekreasi Air Putrajaya.

“Kami ingin memohon maaf di atas kesulitan dan ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kerana sentiasa bersama dengan kami,” katanya menerusi laman Facebook rasminya, hari ini.

Wilayah Persekutuan Putrajaya adalah salah satu kawasan yang terbabit arahan pelaksanaan PKP selama 14 hari bermula esok hingga 26 Januari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI