JOHOR BAHRU – Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Johor, Aminolhuda Hassan disahkan positif Covid-19.
Aminolhuda yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parit Yaani memaklumkan perkara tersebut menerusi laman sosial Facebook miliknya, hari ini.
Katanya, keadaan kesihatannya kurang memuaskan sejak Ahad lalu.
“Seterusnya saya membuat pemeriksaan di klinik dan pada pagi ini saya dimaklumkan saya positif Covid-19,” katanya.
Sehubungan itu, beliau turut memohon kepada mana-mana pihak yang bertemu secara bersemuka dengannya dalam tempoh beberapa hari ini untuk melakukan pemeriksaan kesihatan.
“Saya mohon kepada sesiapa yang ada bertemu dengan saya dalam tempoh beberapa hari lalu untuk membuat pemeriksaan sewajarnya,” katanya.-K! ONLINE