fbpx

Pekerja kilang maut kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan lokasi kemalangan yang menyebabkan mangsa maut.

REMBAU – Seorang pekerja kilang di Alor Gajah, Melaka, maut selepas lebih tiga jam bertarung nyawa terbabit dalam kemalangan di kilometer 32, Jalan Seremban-Tampin, dekat Pekan Chengkau dekat sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.55 pagi itu, mangsa, Muhammad Hasnul Izani Md Rapi, 31, disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Rembau pukul 10.45 pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Anuar Bakri Abdul Salam, kemalangan berkenaan membabitkan dua buah kenderaan iaitu motosikal yang ditunggani mangsa jenis Yamaha LC dan kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda CRV.

“Berdasarkan siasatan awal, pemandu iaitu seorang wanita berusia lingkungan 50an dari Sawah Raja menghala ke Tampin.

“Semasa sedang membelok keluar ke kanan, tiba-tiba datang mangsa yang bergerak lurus dan terus langgar tayar hadapan sebelah kanan lalu hilang kawalan dan tercampak diatas laluan arah bertentangan,” katanya ketika dihubungi, dekat sini, tadi.

Anuar berkata, akibat kemalangan berkenaan, mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Rembau bagi rawatan lanjut.

Bagaimanapun menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia di Zon Merah, Hospital Rembau.

“Siasatan lanjut masih diteruskan. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI