fbpx

Pecah rekod 3,309 kes hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebanyak 3,309 kes dicatatkan hari ini

PUTRAJAYA – Kes harian kembali pecah rekod dengan 3,309 kes iaitu tertinggi dilaporkan menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 141,533 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula kini mencecah 30,390 kes.

“Daripada jumlah kes hari ini, sebanyak enam kes import mendapat jangkitan dari luar negara manakala, sebanyak 3,303 kes adalah penularan tempatan.

“Empat lagi kes kematian dicatatkan menjadikan sebanyak 559 kes kematian Covid-19 di Malaysia,” katanya menerusi Twitter rasmi beliau di sini hari ini.

Ujarnya, sebanyak 190 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 83 kes memerlukan bantuan pernafasan. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI