fbpx

Mohd. Redzuan negatif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Redzuan

PUTRAJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof disahkan negatif Covid-19 menerusi ujian saringan, semalam.

Beliau menjalani ujian saringan Cobid-19 selepas menjadi kontak rapat kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamad yang sebelum ini disahkan positif.

Menerusi kenyataan dikeluarkan Pejabat Menteri hari ini, kontak rapat kepada Mohd. Redzuan dinasihatkan untuk tidak panik dan kekal tenang.

“Beliau (Mohd. Redzuan) turut menasihati agar semua kontak rapat kepada individu yang disahkan positif untuk membuat ujian saringan Covid-19.

“Orang ramai turut diseru supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan serta mengamalkan 3W dan mengelakkan 3S/3C seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba hari ini mengesahkan tiga menteri disahkan positif Covid-19 setakat ini.

Mereka adalah Mustapa, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Harun dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI