fbpx

Mayat lelaki terapung di Sungai Kerian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bomba mengangkat mayat seorang lelaki yang ditemui terapung di Sungai Kerian, Nibong Tebal hari ini.

SEBERANG PERAI – Seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan mayatnya terapung di dalam Sungai Kerian, Nibong Tebal di sini hari ini.

Mayat mangsa yang dikenal pasti sebagai Tan Chin Beng, 54, dijumpai orang awam sebelum bomba menerima panggilan pukul 12.47 tengah hari.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, pihaknya yang tiba di tempat kejadian mendapati satu mayat lelaki telah terapung di dalam Sungai Kerian berhampiran Tanjung Berembang.

“Dengan sebuah bot penyelamat, bomba berjaya menaikkan mayat pada pukul 1.40 petang sebelum diserahkan kepada polis bagi tindakan selanjutnya,” katanya kepada pemberita hari ini.

Operasi itu dijalankan oleh pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Nibong Tebal. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI